Tarikh dan masa

Thursday, May 15, 2014

Teguran dan peringatan buat saudara Mohd Radzi Othman (Setiausaha ILMU)

Ketahuilah saudaraku, sekiranya saudara tidak bertaubat kepada Allah kerana menyifatkan muslimat bertudung labuh sebagai 'Pelacur Kelas Atasan", maka ingatlah firman Allah di dalam surah An-Nur ayat 4-5 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka rotanlah mereka lapan puluh kali, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Mereka itu adalah orang-orang yang fasik. Kecuali mereka yang bertaubat setelah itu dan memperbaiki dirinya, maka sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyanyang." (An-Nur: 4-5)

Sekiranya saudara tidak bertaubat, maka ketahuilah saudara:

1. Saudara tidak boleh dan layak menjadi saksi buat selama-lamanya hingga akhir hayat walaupun menjadi saksi nikah.

2. Saudara termasuk golongan orang yang fasik.

Ingatlah saudaraku, jangan letak ilmu agama yang dipelajari di kepala lutut.

No comments:

Post a Comment