Tarikh dan masa

Wednesday, August 19, 2015

Pegangan Saham terbesar PNB

PNB hendaklah mengekalkan pegangan 51% dalam kedua-dua entiti ini.

Pemegang saham Maybank
Pemegang saham % of shares
ASB 38.33
PNB 5.35
ASW2020 1.82
ASM 1.49
AS1M 0.87
ASB2 0.31
Jumlah 48.17
Pemegang saham SIME
Pemegang saham % of shares
ASB 36.73
PNB 10.06
ASW2020 1.65
ASM 1.62
AS1M 0.91
ASD 0.62
Jumlah 51.59

Nampaknya pegangan dalam Maybank telah kurang dari majoriti di atas. Diharap PNB dapat menguasai kembali 51% saham dalam Maybank kerana urusniaga Maybank sudahpun 70% mengikut kaedah Islamik. Cuma 30% masih konvensional. 

Friday, August 14, 2015

10 KELEBIHAN UTAMA MELABUR DALAM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

10 KELEBIHAN UTAMA MELABUR DALAM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB):

1. ASB memberi kita pulangan dividen sehingga 7% hingga 10% tanpa dikenakan sebarang caj-caj tambahan 3% hingga 5% semasa memulakan pelaburan.

2. ASB merupakan satu bentuk simpanan, yg secara tidak langsung juga merupakan simpanan berbentuk pelaburan. Dan wang simpanan/pelaburan tersebut boleh dikeluarkan dalam tempoh 24 jam tanpa perlu melepasi tempoh bertenang selama 2 – 3 minggu.

3. ASB memberikan kesan kecairan (liquidity) yang tinggi (sekirannya berlaku kecemasan atau waktu-waktu terdesak, penyimpan boleh mengeluarkan wang tersebut dalam masa 24 jam tanpa perlu menunggu 2 – 3 minggu masa bertenang), dan dalam masa yg sama dapat memberikan nilai bersih (net value) yang tinggi (sekiranya simpanan itu sudah berusia 1 bulan, penyimpan tersebut layak dianugerahkan dividen untuk bulan tersebut secara peratusan purata dividen tahunan).

4. ASB dijamin kerajaan Malaysia, dan dividen & bonus yg diperolehi dikecualikan daripada cukai.

5. Nilai minimum untuk setiap penambahan dalam pelaburan adalah berharga tetap, dan hanya serendah RM1.00 untuk seunit. Tidak perlu tunggu harga rendah atau tinggi (seperti unit trust yg harga berubah), dan kita masih dapat menikmati dividen yang tinggi dgn risiko yg rendah.

6. Dividen dan bonus ASB terus dalam bentuk nilai RINGGIT, bukan dalam bentuk bilangan UNIT seperti sebahagian unit amanah yg lain, yang pada ketika unit tambahan diberikan sebagai bonus (bilangan unit bertambah), nilai utk seunit (NAV) itu sudah pun susut (harga seunit berkurang).

7. Sijil ASB boleh dicairkan dengan mencagarkannya di bank-bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman dalam bentuk Overdraft (terkini: hanya dibenarkan pada Sole Proprietor sahaja). Dengan nilai tertentu yang ada pada sijil tersebut, pihak bank berani memberi kemudahan Overdraft Bank sebanyak 90% - 95% ke atas nilai sijil yang dicagarkan. Berbeza atas nilai berbayar pada sesuatu properties dalam bentuk Overdraft Bank, pihak bank hanya mampu memberi pinjaman sebanyak 60% - 80% sahaja. Tahukah anda, bahawa sesetengah bank di Malaysia ada mengeluarkan Unit Amanah (amanah fund, unit trust, matual fund atau lain-lain fund lagi) dalam bentuk sijil, tetapi bank yang mengeluarkan sijil tersebut tidak sudi untuk menerima cagaran sijil tersebut untuk dicairkan dalam bentuk overdraft bank.

8. Dividen ASB sentiasa berada pada paras melebihi 7% secara konsisten setahun (berdasarkan prestasi tahun-tahun sebelum). Track record pencapaian dividen & bonus ASB setakat ini: dividen terendah 7% dan bonus terendah 1%.

9. Bank-bank utama Malaysia ada menyediakan kemudahan pinjaman khas utk ASB (sehingga maksimum RM 200k), dengan kadar interest yg lebih rendah, dan tempoh pinjaman yg lebih panjang, berbanding pinjaman peribadi. Selain itu, pinjaman ASB juga mengaplikasikan kaedah amortization dalam pengiraan bayaran balik pinjaman (monthly reducing balance), berbanding dgn pengiraan berasaskan flat rate bagi pinjaman peribadi.

10. Kemudahan Perbankan Internet yg disediakan oleh bank-bank utama Malaysia khusus buat ASB (melalui laman sesawang setiap bank-bank tersebut) utk penambahan pelaburan.


KESIMPULAN: ASB SEBAGAI SUMBER PELABURAN TERUNGGUL:
1. Pulangan yg tinggi
2. Kurang berisiko
3. Sangat fleksibel
4. Kos operasi yg rendah (ASB tidak mengenakan caj jualan, dan yuran pengurusan tahunan hanya 0.35%, yg terendah dalam industri ini)