Tarikh dan masa

Tuesday, December 1, 2015

Hukum Solat Sunat Tahiyatul Masjid Semasa Imam Membaca Khutbah

Orang kita jangan suka memandai-mandai membuat hukum sendiri berkaitan kes ini.
Contoh:

Solat Tahiyyatul Masjid adalah hukumnya sunat. Manakala khutbah jumaat adalah rukun kepada solat jumaat. Apabila bertembung kedua-dua ini, maka mestilah ditumpukan kepada yang wajib (rukun). Apabila seseorang itu meninggalkan rukun, maka tidak sempurnalah ibadahnya pada masa itu.

Padahal dah ada dalil dari hadis Nabi:

Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu ‘anhu, ia mengatakan : “Sulaik Al-Ghathfani pernah datang pada hari Jum’at ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tengah menyampaikan khutbah, lalu dia duduk, maka beliau berkata kepadanya : ‘Wahai Sulaik, berdiri dan kerjakanlah shalat dua raka’at dan bersegera dalam mengerjakannya’. Kemudian beliau bersabda.

“Jika salah seorang diantara kalian datang pada hari Jum’at sedang imam tengah berkhutbah maka hendaklah dia mengerjakan shalat dua raka’at dan hendaklah dia bersegera dalam mengerjakan keduanya” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani] [7]


Diharap tiada lagi orang islam suka-suka membuat hukum sendiri di lain masa. 

No comments:

Post a Comment